Pengumuman Rasmi 25 September 2013

Pemberitahuan kepada semua pelanggan Hana Gold yang terlibat (tempahan produk barang kemas antara 30hb Jun 2013 – 9hb Julai 2013)

Panel Syariah Hana Gold telah mengeluarkan penegasan rasmi berhubung dengan perlaksanaan patuh syariah secara keseluruhan dengan kadar segera. Tarikh dan maklumat lanjut sila rujuk lampiran surat daripada penasihat Syariah Hana Gold, Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman. (muat turun di sini)

Untuk pelaksanaan segera ketetapan syariah bagi modul penjualan hana gold, pihak syarikat telah membuat keputusan untuk memulangkan semua deposit pelanggan bagi tempahan yang di buat di antara pada 30hb Jun 2013 – 9hb Julai 2013 yang telah melebihi tempoh pembuatan operasi biasa syarikat. Dan telah dinasihatkan bahawa pihak syarikat untuk mengikuti garis panduan syariah seperti yang ditetapkan. Di mana semua stok perlu dicairkan dan proses pemulangan deposit pelanggan akan dilakukan seberapa segera.

Kelewatan ini berpunca dari lambakan barang kemas yang telah siap (tempahan deposit antara bulan Mei dan Jun 2013) tetapi masih belum dapat di selesaikan oleh pelanggan sebelum ini.

Pihak Hana Gold sedang menambahbaikan Modul yang sedia ada bagi keselesaan semua pelanggan di masa hadapan. Modul terbaru Hana Gold di jangka dapat mengurangkan masa tempahan dari 30 hari kepada 3 hari berkerja. Di jangka Modul terbaru ini akan dilancarkan pada bulan Oktober 2013 . Sebarang kesulitan yang dihadapi adalah amat dikesali .

Kepada para pelanggan Hana Gold diminta menghubungi talian rasmi ibu pejabat Hana Gold bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung dengan status tempahan dan pemulangan deposit pelanggan.

Sila hubungi Cik Ain & Pn Laila di talian 0391728066 atau email di anihanagold@gmail.com.

Yg benar

CEO
Hana Gold