Pengumuman Rasmi 25 September 2013

Pemberitahuan kepada semua pelanggan Hana Gold yang terlibat (tempahan produk barang kemas antara 30hb Jun 2013 – 9hb Julai 2013)

Panel Syariah Hana Gold telah mengeluarkan penegasan rasmi berhubung dengan perlaksanaan patuh syariah secara keseluruhan dengan kadar segera. Tarikh dan maklumat lanjut sila rujuk lampiran surat daripada penasihat Syariah Hana Gold, Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman. (muat turun di sini)

Untuk pelaksanaan segera ketetapan syariah bagi modul penjualan hana gold, pihak syarikat telah membuat keputusan untuk memulangkan semua deposit pelanggan bagi tempahan yang di buat di antara pada 30hb Jun 2013 – 9hb Julai 2013 yang telah melebihi tempoh pembuatan operasi biasa syarikat. Dan telah dinasihatkan bahawa pihak syarikat untuk mengikuti garis panduan syariah seperti yang ditetapkan. Di mana semua stok perlu dicairkan dan proses pemulangan deposit pelanggan akan dilakukan seberapa segera.

Kelewatan ini berpunca dari lambakan barang kemas yang telah siap (tempahan deposit antara bulan Mei dan Jun 2013) tetapi masih belum dapat di selesaikan oleh pelanggan sebelum ini.

Pihak Hana Gold sedang menambahbaikan Modul yang sedia ada bagi keselesaan semua pelanggan di masa hadapan. Modul terbaru Hana Gold di jangka dapat mengurangkan masa tempahan dari 30 hari kepada 3 hari berkerja. Di jangka Modul terbaru ini akan dilancarkan pada bulan Oktober 2013 . Sebarang kesulitan yang dihadapi adalah amat dikesali .

Kepada para pelanggan Hana Gold diminta menghubungi talian rasmi ibu pejabat Hana Gold bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung dengan status tempahan dan pemulangan deposit pelanggan.

Sila hubungi Cik Ain & Pn Laila di talian 0391728066 atau email di anihanagold@gmail.com.

Yg benar

CEO
Hana Gold

Keputusan Peraduan Hari Raya Hana Gold

Di kesempatan ini, Hana Gold ingin mengucapkan Selamat Hari Raya serta tahniah kepada semua pemenang peraduan yang kami anjurkan melalui Facebook. Kami juga amat berterima kasih kepada semua peserta yang telah menghantar lebih dari 2000 penyertaan.

Jawapan yang kami cari untuk peraduan hari raya Hana Gold adalah :
2 & 6 (Rantai Emas & Emas Bullion) 

Senarai pemenang adalah seperti berikut;

Pemenang Utama
(menerima gelang emas HB0009)
Nur Farahida

Pemenang Ke-2
(menerima gelang STP 0011)
Azril Arif

Pemenang Ke-3
(menerima cincin emas FR0387)
Syazliana

Pemenang Saguhati
(menerima baucher pembelian produk Hana Gold bernilai RM50)
Nurul Alia Husna
Siti Aisyah
Shuriani
Siti Nurhafidah
Siti Aishah

Kesemua pemenang akan dihubungi melalui telefon pada Khamis ini, 30 August 2012 dan kami akan aturkan tarikh untuk pengambilan hadiah melalui cawangan Galeri Hana Gold yang terdekat.

Sekali lagi, Hana Gold mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta, dan tahniah kepada semua pemenang 😉 Nantikan lebih banyak lagi peluang bersama Hana Gold!

P.S. Dapatkan naskah ebook Mesti Bijak Emas yang mengandungi pelbagai maklumat tentang emas dan pelaburan emas. Jadi usahawan emas yang berjaya bersama Hana Gold! Dapatkan ebook di pasaran sekarang di http://www.mestibijakemas.com

 

Keunikan Emas, Tinggi Nilainya

Sejak beberapa ribu tahun dulu lagi, emas telah dinilai berdasarkan keunikan dan kecantikan yang ada pada fizikal emas itu sendiri, dan yang paling utama, emas mempunyai karakteristik yang unik untuk dijadikan aset simpanan yang berharga.

Kestabilan ekonomi sesebuah Negara ada naik dan turun nya, namun nilai emas sentiasa kukuh dan stabil.

Oleh kerana pergolakan ekonomi Dunia yang kini tidak dapat di duga , ramai pelabur telah beralih kepada pelaburan emas. Ini kerana nilai emas berada di luar lingkungan atau pengaruh ekonomi.

Selain itu emas juga merupakan eset yang boleh dicairkan pada bila-bila masa tanpa memerlukan kepada sebarang pergantungan.

Selain daripada itu terdapat lagi kelebihan emas yang tidak kurang pentingnya. Kelebihan itu ialah kestabilan nilai emas mengikut prestasi hari-hari yang mana ia mempengaruhi profail pelabur.

Kelebihan ini jugalah yang menyebabkan ramai pakar kewangan profesional dan juga pelabur-pelabur yang berpengalaman diseluruh dunia bertukar kepada pelaburan emas.